Sunday, April 6, 2008

Jangka hayat Umno/BN hampir tiba, Anwar sudah sedia jadi PM

Mohd Rashidi Hassan-HarakahDaily
Sun | Apr 06, 08 |

Ada banyak ramalan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi, hingga ada yang meramalkan enam bulan dari tarikh 8 Mac 2008.

Jika Anwar hendak menjadi PM, beliau mestilah menjadi Ahli Parlimen (MP) yang menang dalam pilihan raya Parlimen.

Tetapi Pilihan Raya Umum ke-12 dipercepatkan, sedangkan Anwar hanya layak bertanding pada bulan April 2008.

Jika hendak ditunggu PRU ke-13, barangkali tahun 2012 atau 2013, agak terlalu lama.

Pada masa itu belum tentu, keputusan sebaik PRU ke-12, 8 Mac lepas boleh berulang kembali.

Mungkin juga boleh mencatatkan keputusan yang lebih baik buat gabungan Pakatan Rakyat.

Apapun menunggu empat atau lima tahun terlalu lama buat Anwar. Tiada jalan lain untuk beliau melainkan bertanding pada pilihan raya kecil.

Pilihan raya boleh diadakan hanya melalui tiga opsyen, iaitu jika Parlimen dibubarkan, anggota Parlimen meletak jawatan (sama ada hilang kelayakan atau tidak berminat menjadi wakil rakyat) dan jika terdapat anggota Parlimen meninggal dunia.

Parlimen hanya boleh dibubarkan jika kerajaan tamat tempoh pemerintahan (setiap lima tahun), atau PM membubarkannya untuk mendapat mandat baru atau berlaku sesuatu krisis yang memaksa ia dibubarkan.

Dalam keadaan sekarang tidak nampak tanda-tanda Parlimen akan dibubarkan.

Manakala opsyen kedua, soal hidup dengan mati, ia adalah ketentuan Allah. Tiada orang tergamak mengharapkan seseorang Ahli Parlimen cepat meninggal dunia semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Maka opsyen hanya ada pada Anwar ialah menanti seseorang Ahli Parlimen meletak jawatan atau hilang kelayakan atas sebab-sebab tertentu.

Jika pun terdapat petisyen untuk membatalkan kemenangan mana-mana MP, proses mahkamah sudah tentu akan memakan masa.

BN sudah tentu akan berusaha menghalang Anwar bertanding dan masuk ke Parlimen. Maka melengah-lengahkan proses perundangan merupakan jalan terbaik untuk menghalang Anwar.

Pilihan yang ada dalam waktu yang terdekat ini hanyalah dengan perletakan jawatan Ahli Parlimen.

Timbul ura-ura bahawa isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah akan mengosongkan kerusi Permatang Pauh atau Lembah Pantai.

Namun kedua-dua kemungkinan tersebut dinafikan Anwar.

KeADILan mempunyai 31 kerusi Parlimen, sebagai Ketua De Facto Anwar boleh bertanding di mana-mana sahaja kawasan yang beliau mahu.

Namun pilihan yang utama, ada di dua kawasan kerana Ahli Parlimen kawasan tersebut turut menang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dua kerusi itu adalah Bandar Tun Razak yang diwakili oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut memenangi kerusi Dun Ijok. Manakala Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menang di Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa.

Justeru jika jalan hendak dibuka kepada Anwar, Khalid atau Azmin harus meletakkan jawatan sebagai MP. Jika benar KeADILan mahukan Anwar masuk ke Parlimen, mana-mana MPnya harus sedia berkorban.

Dan jika diberi pilihan antara Bandar Tun Razak atau Gombak. Apapun, dalam keadaan sekarang ada pandangan mengatakan Khalid lebih wajar memberi laluan kepada Anwar peranannya lebih besar di Selangor sebagai Menteri Besar.

Apapun keputusannya adalah di tangan Anwar. Tunggu sahaja tarikh akhir Anwar boleh bertanding dengan bebas 14 April ini. Barangkali ada kejutan yang akan berlaku.

Anwar tidak ada jalan lain jika hendak menjadi PM. Itu sahaja opsyen yang terbaik buat beliau ketika ini.

Jalan ke jambatan PM

Suatu ketika tidak lama dahulu ramai yang beranggapan, jika Anwar hendak menjadi PM, beliau tidak ada cara lain, selain menyertai Umno.

Maka kadang-kadang kedengaran suara tegas Majlis Tertinggi Umno, membuat keputusan berulang kali, bahawa Anwar tidak akan diterima masuk kembali.

Seolah-olahnya hukuman yang dijatuhkan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) pada 2 dan 3 September 1998, menutup terus pintu Umno/BN buat Anwar.

Suara-suara menolak Anwar masuk Umno dicanang mereka sepanjang Anwar di penjara selama 6 tahun, selepas PRU 1999, pada ketika Anwar bebas tahun 2004 dan sehingga sebelum PRU 2008.

Entah mengapa kelibat Anwar begitu ditakuti. Barangkali pemimpin Umno menyedari masih ramai 'orang-orang Anwar' dalam Umno.

Hubungan yang baik antara Anwar dengan sesetengah pemimpin Umno, juga dianggap membahayakan pihak-pihak tertentu dalam parti itu.

Apapun Anwar terpaksa berulang kali menafikan beliau mahu memasuki Umno. Lebih jelas boleh diperkatakan bahawa Anwar tidak 'kelapaq' (istilah orang utara).

Sebenarnya kini, anggapan bahawa jambatan untuk menjadi PM hanya melalui Umno sudah tidak wujud.

PRU ke 12 membuktikan BN dan Umno khususnya sudah tidak relevan.

Kekuatan Anwar dari sudut politik

Walaupun sudah berkuasa sejak merdeka, Umno/BN bukan parti keramat. Pemimpinnya banyak kelemahan dan banyak kesilapan.

Jika dahulu, tiada pakatan komponen parti sebaik BN, tetapi kini kehebatan dan kekuatan BN sudah musnah.

Masalah besar kepada BN ialah kerana kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal memelihara keutuhan perpaduan parti komponen BN.

Abdullah gagal mengimbangi tekanan politik agama, politik kenegerian dan politik perkauman dalam BN.

Maka timbul keberanian 9 menteri bukan Islam menghantar memo kepada PM, Sarawak dan Sabah mengemukakan pelbagai tuntutan, pemimpin Umno menghunuskan keris sehingga mengguriskan perasaan komponen lain.

Menteri dan Menteri Besar dari kalangan Umno bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

MCA-Gerakan-MIC dan PPP, selain mengemukakan pelbagai tuntutan untuk kepentingan politik, kaum masing-masing, sering berbalah sesama sendiri.

Semua ini gagal dikawal dan ia menghasilkan natijah yang amat buruk kepada BN. Keyakinan rakyat terhadap kemampuan pemimpin BN sudah pudar.

Hakikat yang ditunjukkan dalam krisis dalaman BN menunjukkan kepimpinan Abdullah Badawi dilihat gagal memelihara 'kepentingan dan perasaan' semua kaum.

PRU 8 Mac menunjukkan rakyat sudah sedia berubah. Segala adu domba yang memperlekehkan parti-parti pembangkang ditolak. Usaha melaga-lagakan PAS, KeADILan dan DAP menemui jalan buntu.

Malah, segala propaganda jahat media-media pro BN, mengecam dan menghentam keperibadian Anwar gagal 'membeli' minda rakyat.

Jelas rakyat menerima Anwar serta pakatan PAS-KeADILan-DAP, walaupun ada perbezaan yang besar antara ketiga-tiga parti tersebut dalam hal-hal tertentu.

Mari sertai Pakatan Rakyat

Apapun signal yang ditunjukkan rakyat menyedarkan pemimpin-pemimpin bahawa rakyat mahu mereka bekerjasama dalam pakatan yang lebih erat.

Anwar adalah harapan baru rakyat Malaysia. Apa pun tuduhan terhadap Anwar, beliau adalah satu-satunya pemimpin yang diterima rakyat dari pelbagai keturunan, kaum dan agama.

Tidak keterlaluan untuk diakui setakat ini, secara realistiknya hanya Anwar sahaja boleh menyatu padukan rakyat dari kalangan pelbagai kaum dan agama.

Maka dengan itu PAS, KeADILan dan DAP sudah menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, sudah membentuk Pakatan Rakyat.

Soal mekanisme, bagaimana Pakatan Rakyat hendak menyusun dasar-dasarnya akan ditentukan kemudian. Apapun pemimpin parti Pakatan Rakyat tetap terikat dengan kehendak rakyat yang memberi mandat kepada mereka.

Ia juga merupakan vehicle terbaik buat Anwar untuk menjadi PM, sekali gus memperbaiki kepincangan politik dalam negara.

Pakatan dibuat dengan penyertaan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang sudah beberapa kali duduk semeja dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar.

Keputusan PRU 1999, 2004 dan 2008 jelas menunjukkan majoriti orang Melayu menolak Umno. Jika Umno tidak dirombak, nescaya parti itu akan terus merudum.

Keputusan PRU 2008 juga memberi isyarat kepada MCA, Gerakan, MIC dan PPP bahawa politik segmentasi dan perkauman mereka ditolak rakyat.

Maka menyedari kehendak rakyat dan keupayaan Anwar untuk menyatu padukan kaum, menstabilkan politik negara dan mengembalikan landasan pemerintahan ke jalan yang betul, pemimpin-pemimpin parti politik harus menimbangkan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Bagi Sarawak dan Sabah, keberlangsungan dan efektifnya perjalanan pentadbiran negeri banyak bergantung kepada kerajaan Pusat.

Jika Anwar jadi PM, hubungan KL dan Malaysia Timur dijangka tidak akan wujud sebarang masalah kerana dari dahulu Anwar mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negeri berkenaan.

Kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai Umno, kebanyakannya tidak stabil dari segi ekonomi dan bergantung kepada Kerajaan Pusat.

Jika Anwar menjadi PM, mereka tidak ada pilihan. Mereka harus bersedia bergabung dengan Anwar.

Bagi MCA, Gerakan, MIC dan PPP, mereka harus menyedari trend rakyat sekarang. Mereka tidak boleh berlawan dengan arus, jika mereka tersilap langkah, mereka akan terus ditolak dan terkubur.

Jalan terbaik ialah dengan menurut kehendak rakyat. Jalan terbaik sekarang ialah menyertai Pakatan Rakyat, bersama-sama menstabilkan politik dan ekonomi negara.

Ong Ka Ting, Koh Tsu Koon, Samy Vellu dan M Kayveas harus ada second thought bahawa BN bukan segala-galanya.

Pilihan untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat sentiasa terbuka. Fikir dan buat keputusan segera sebelum rakyat terus menghukum mereka.

Jika ini berlaku, tidak mustahil dalam tempoh enam bulan hingga dua tahun, Kerajaan Pusat yang baru akan dibentuk, PM yang baru akan dilantik.- mns/ mr

Orang Sabah Tunggu Anwar Angkat Sumpah!

Petikan daripada Blog Merah Tinta MSO - L

EKEJAP tadi saya baru selesai menemui seorang penulis buku dan juga penganalisa politik Sabah yang tidak asing lagi, sdr Musli Haji Oli. Beliaulah antara dua orang penulis buku politik yang saya kenal dan sering juga berhubung untuk mendapatkan maklumat atau perkembangan politik di bumi Bawah Bayu ini.

Sdr Musli kerap menghadiri perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur dan siap dengan membawa buku-buku tulisan terbarunya untuk dijual. Beliau juga seorang ahli Umno dan ikut sama menjadi perwakilan persidangan agung Umno.

Beliau memiliki restoran di kawasan Asia City di bandar Kota Kinabalu ini. Menu utama restorannya ialah nasi lemak. Boleh tahan juga nasi lemak berlaukkan udang galah. Hidangan nasi lemak sdr Musli menarik dan memecahkan liur untuk menjamahnya.

Sambil makan banyaklah cerita politik Sabah keluar dari mulutnya tanpa diminta. Biasalah kalau penulis berjumpa penulis, macam tidak cukup mulut untuk mencerita dan bertukar maklumat yang masing-masing tahu. Dan untuk malam ini saya lebih banyak mendengar daripada bercakap.

“Kalau mahu tahu politik Sabah, tanya saya!,” begitulah muqadimahnya seakan sudah merasai tujuan saya mencarinya di kedai makannya itu.

Sumber sahih

Memang dialah paling layak berceritakan mengenai politik Sabah. Musli mengetahui dari luar hingga ke dalam mengenai politik Sabah serta karektor tokoh-tokohnya. Maklumat yang beliau perolehi bukan dari tepi jalan tetapi sumber yang sahih atau dialami sendiri. Kalau denyut nadi politik Kelantan berada dalam tangan saya, maka denyut nadi politik Sabah berada dalam tangan Musli.

Dalam banyak cerita ada dua tiga perkara yang menarik perhati dan benar-benar merujakan minda saya. Antaranya ialah mengenai senario Umno Sabah hari ini yang baginya dalam keadaan haru biru dan goncang. Saya kurang faham mulanya apa maksud beliau itu.

Menurut Musli ahli Parlimen Sabah sekarang ini dalam keadaan siap sedia untuk menyertai Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim. Sebaik Anwar Ibrahim angkat sumpah menjadi ahli Parlimen semua mereka akan bersama Anwar.

Merinding bulu roma saya apabila Musli mengatakan begitu. Saya kruang yakin ingatkan beliau seloroh. “Takkan begitu sekali?” tekan saya inginkan kepastian. “Iya ustaz, tengoklah nanti. Semua mereka menanti masa sahaja untuk meninggalkan Umno dan bersama Anwar,” katanya serius.

“Kan sudah diselesiakan?”, tukas saya tidak puas hati.

“Mana selesai ustaz, keadaannya bahkan semakin celaru lagi,” tekannya. (Musli memanggil saya ustaz).

Saya tidak faham kenapa kalau kejadian itu akan berlaku. Memang di Semanjung sudah terdengar berita kononya ahli Parlimen Sabah akan bersama pembangkang (Anwar) untuk menumbangkan kerajaan BN. Tetapi tidak mengerti sebab dan alasannya. Saya kurang percaya dengan apa yang diceritakan mengenai Sabah di Kuala Lumpur itu. Al maklumlah banyak gimik politik yang hanya sedap di telinga saja namun realitinya pahit.

Menuru Musli, ada beberapa sebab mengapa ahli Parlimen BN akan bersama Anwar. Yang jelas kata Musli ia bukan atas pelawaan atau ajakan Anwar atau mana-mana pihak tetapi atas kerelaan dan kesedaran mereka sendiri. Bukan dibeli. Menurut Musli, Anwar mempunyai pengaruh besar di Sabah., rakyat Sabah sudah lama minat dan menyakini Anwar akan jadi pemimpin Malaysia.

Tidak yakin Abdullah

Sejarah dan nostalgia lama itulah yang memungkin segala itu akan berlaku, ujarnya.
Justeru katanya apabila rakyat Sabah sudah tidak yakin dan kecewa dengan Abdullah mudahlah untuk mereka kembali memberi sokongan kepada Anwar. Ada beberapa sebab kenapa rakyat Sabah kecewa dan terkilan dengan Abdullah.

Misalnya mengenai perlantikan ahli Parlimen Sabah dalam jemaah Kabinet yang diumumkan Abdullah baru-baru ini. Rakyat Sabah merasakan mereka dianaktirikan bila mana hanya tiga orang saja dipilih menjadi menteri. Dari tiga itu hanya seorang dari kalangan Umno, iaitu Shafei Afdal. Mereka kecewa kerana BN Sabah memang besar 24 kerusi daripada 25 kerusi Parlimen.
Perlantikan itu tidak adil bagi orang Sabah dan mereka merasakan dipermainkan oleh Umno Kuala Lumpur.

Selain itu dakwa sdr Musli orang Umno Sabah juga tidak senang dengan tindak tanduk dan budaya politik Ketua Menteri, Musa Aman. Musa dikatakan mengamalkan politik cantas dan mengutamakan korni dalam memberi projek. Semua projek mewah disapu oleh anak buahnya.
Bukan itu saja paling menyedihkan lagi, Musa lebih akur dan mendengar pandangan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin daripada padangan pemimpin Umno di Sabah. Sebagai buktinya, Musa sanggup melayani permohonan kawasan balak kelas A sebanyak 17,000 hektar di mana 9,000 hektar dilulsukan kepada Khairy.

Musa dikatakan bersedia meluluskan tanah itu Khairy sebagai kontra apabila Khairy bersetuju memilih orangnya sebagai calon dalam pilihan raya lalu.

Projek tukar menukar kepentingan antara kedua mereka ini sudah menjadi cerita umum di Sabah ini. Dan inilah yang menimbulkan kemarahan kalangan Umno Sabah kepada Musa dan Khairy.

Selain daripada itu, sokongan rakyat Sabah kepada Anwar juga kerana janji yang ditawarkan Anwar dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu. Dalam manifesto itu menyebut royalti minyak 30 peratus akan diberikan kepada Kerajaan Sabah. Manakala Sabah dan Sarawak juga akan diberikan peruntukan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Mana-mana ahli Parlimen pertama yang menyeberang menyertai Anwar, beliau akan dilantik menjadi TPM.

Tawaran itu sebenarnya bukan perkara pokok menyebabkan Umno Sabah celaru dan menjadi haru-biru. Sebaliknya perkara pokok kerana mereka merasakan Abdullah Ahmad Badawi dan barisan kepimpinan Umno gagal memperjuangkan nasib orang Melayu Sabah. Orang Sabah yang sebelum ini mengharapkan Umno yang diterima masuk bagi menggatikan Usno, Berjaya dan lain-lain dapat menyelamatkan mereka, sebaliknya lain jadinya.

Rasa hilang kepercayaan orang Sabah kapada Umno sungguh tinggi sekali bilamana seperti kata Musli, walaupun siapa dari kalangan Umno datang untuk mengubati Sabah ia tidak mungkin akan sembuh lagi. Satu-satu tokoh yang dipercayai dan dinanti, ialah Anwar Ibrahim. [kk sbh. 00:15 am 06/03/08]

http://msomelayu.blogspot.com/2008/04/di-bawah-bayu-1.html

- MSO
06.04.2008

Saturday, April 5, 2008

Membaca Mahathir Sewaktu Hadapi Jalur Krisis

Oleh Redhuan D Oon Kiriman: Tarmizi Mohd Jam (Sanggahtoksago)

Sebenarnya, Mahathir itu sudah melakukan satu coup politik terbesar apabila dapat membawa Anwar masuk Umno dalam 1982, sekaligus melumpuhkan gerakan Islam serta kuasa pembangkang tempatan. Dengan Anwar berada di dalam, tidaklah Anwar boleh melakukan apa-apa kejutan politik misalannya menerusi PRU dalam tahun 1986 dan seterusnya. Anwar diberikan jalan mudah tetapi untuk asyik sibuk dalam menaiki tangga sendiri yang agak lebar tetapi panjang. Ini merupakan taktik paling SunTze yang saya dapat baca dari Mahathir.

Tentu sekali sebagai strategis, beliau akan bersedia bagaimana kalau anak buahnya itu satu hari akan sampai duduk disebelah nanti? Maka saya percaya Mahathir tidak perlu persiapan yang banyak dan terus lepas tali layang-layang sahaja kerana ada beberapa taktik jangka masa yang SunTze sudah mengajar. Mahathir membenarkan Anwar mengumpul kroni-kroni beliau dan mengaut kuasa dan kewangan supaya tidak ada sebab Anwar akan tiba-tiba tidak puas hati dan menyerang awal.

Dalam kitab SunTze, pelajaran yang pertama adalah berikut:
Satu hari Maharaja Cina terdengar tentang kehebatan SunTze lalu dimintanya supaya datang menghadap. Maharaja bertanya kepada SunTze,
"Apakah benar dengar awak boleh melatih sesiapa sahaja jadi tentera yang terbaik dan tertaat dalam dunia tanpa kira asal-usul, latar belakang dan pendidikannya?"

"Benar, Tuanku", dengan pantas dibalas SunTze.

"Baiklah, ambil gundik-gundik beta. Latih mereka dan buktikan kehebatan awak!"

SunTze pun menyuruh semua gundik beratur dikawasan padang sambil diperhati oleh Maharaja dari atas pentas yang tinggi. Namun gundik-gundik itu cukup longlai dan ketawa kecil-kecil kerana menganggap ini semua satu kelucuan.

SunTze pun bermula, "Dengar sini! Saya akan ajar awak semua berkawat. Apabila saya kata, 'Cepat jalan!' awak semua hendaklah buat begini.. naikkan tangan kiri serta kaki kanan ke depan serentak dan kemudian tukar sebelah lagi begini", sambil SunTze mendemonstrasikan langkah tersebut.

Selepas itu SunTze pun keluarkan perintah, "Cepat Jalan!"

Gundik-gundik pun cuba berjalan sedikit sambil berketawa kecil terhegeh-hegeh, tersipu-sipu dan berterahabuh tidak menurut perintah SunTze dengan sempurnanya.

SunTze pun diam dan menyatakan semula, "Nampaknya mungkin awak kurang memahami arahan saya tadi. Sekali lagi dengar sini saya akan tunjukkan". SunTze pun tunjuk sama macam tadi. Lepas itu dia pun keluarkan perintah,

"Cepat jalan!". Sekali lagi gundik-gundik lagi terhegeh-hegeh sambil berjalan dengan cara kegundikan mereka dan sekali lagi tidak bersifat macam tentera yang serius langsung. Maharaja yang duduk di atas pentas makin seronok berketawa bersama-sama para menteri dan pengiringnya.

SunTze pun mengarahkan pengawalnya untuk menarik keluar gundik yang paling cantik dan diminati Maharaja dari ramai-ramai gundik tersebut, lalu di suruh seorang pengawal lain untuk memancung kepalanya!

Lepas itu, SunTze pun berkata, "Mungkin tadi arahan saya masih kurang jelas. Sekarang saya akan tunjuk sekali lagi cara untuk berkawat" lalu SunTze menunjukkan bagi kali ketiga langkah-langkahnya.

"Cepat jalan!" Dengan pantas dan cukup teratur semua gundik pun berkawat tanpa melakukan apa jua kesilapan maupun terhegeh-hegeh macam dulu.

SunTze pun senyum dan menghadap kembali Maharaja, "Wahai Tuanku. Tentera tuanku sudah bersedia untuk pemeriksaan Tuanku!"

Maharaja yang sudah terperanjat itu, pun menjawab, "Eh, Beta sudah hilang selera. Takpelah, bubarkan saje pasukan itu".

Kisah ini betul-betul dilaksanakan oleh Mahathir dalam Operasi Lalang 1987 yang menangkap 107 rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat tidak kira Umno ke tidak, Cina ke Melayu, Dato ke Ustaz ke atau orang biasa. Setiap lapisan ada wakil contoh gundik tercantiknya ditangkap tanpa notis dan secara tekejut padahal Mahathir sebelum itu agak diam dan tenang, dengan selamba mengeluarkan arahan dan nasihatnya. Selepas itu senyap semua, ada yang takut masuk balik negara pun ada.

(Masa itu saya berkerja dengan syarikat Khalid Samad, dan bersama dengan beliau di sebuah penempatan Petronas di Langkawi. Saya menghantarnya ke lapangan terbang untuk terbang balik ke Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian saya dapat panggilan dari pejabat yang Khalid tidak sampai rumah. SB sudah kutip dia di Subang Airport. Malam itu kami tonton TV dan nampak namanya tersenarai dalam Operasi Lalang itu.)

Pada tahun 1997 ia berlaku sekali lagi. Cuma kali ini Mahathir menghadapi perang dari semua sayap. Ekonomi rantau terancam termasuk Malaysia. Serangan matawang merupakan yang paling dasyat kerana dirancang oleh kuasa Iluminati Zionis yang boleh menjatuhkan negara tanpa senjata-api tetapi bursa saham dan matawang secara sembunyi tangan.

Serangan teratur yang berlabelkan reformasi mula berlaku serentak dari dalam Umno. Ketua sayap Pemuda dan Wanita iaitu Abdul Rahim Thamby Chik dan Rafidah Aziz dijatuhkan oleh proksi Anwar. Laungan reformasi dimainkan dalam ceramah bukan dikampung tetapi diinstitusi pengajian tinggi, Dewan Bahasa & Pustaka, surat-khabar Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain. Anwar masa itu senyap dan tidak mengeluarkan kata-kata yang releven dan sifnifican untuk membantu maharajanya.

Pelbagai projek raksaksa Mahathir seperti KLCC, PutraJaya dan Proton mula terancam. Mesti berasa perit ditelan Mahathir yang dia walaupun sudah berada ditahta selama 17 tahun tetapi perjuangannya masih belum selesai. Macamana dia nak buat ni? Dia buka balik kitab SunTze lah.

"Apabila anda kuat, tunjuklah lemah". Itu yang Mahathir tunjuk. Seolah beliau lemah. Itu juga perlu kerana ingin melihat siapa sebenar musuh dalam selimut. Mesti dia mengarahkan SB untuk buka fail tertentu dan lengkapkannya.

"Serang musuh secara terkejut, dan secara mutktamad. Kasi final". Itu yang Mahathir lakukan dengan tiba-tiba melekatkan senarai semua kroni semua menteri di dalam dewan PWTC sebelum perhimpunan peringkat Pemuda UMNO. Mati stim Zahid Hamidi kerana nama dan kroninya pun ada. Bukan sikit, tetapi ramai. Mati stim juga Anwar apabila beliau bangun berucap dalam perhimpunan kemuncak sebelum Mahathir berucap secara mutlak dan muktamad.

Anwar dengan jelas hilang momentum yang begitu kuat sudah terbina sebelum ini dengan dibantu oleh kuasa dan suasana asing waktu itu. Suharto sudah jatuh dalam arus reformasi. Mengapa Mahathir tak lentur tetapi makin kuat pulak? Anwar tidak dapat mengeluarkan kerisnya untuk memberi tikaman maut kepada Mahathir dalam perhimpunan tersebut. Anwar cuma berpantun dan berhegeh-hegeh pulak dalam ucapan pentingnya. Anwar simpan balik semua keris.

Selepas Anwar selesai, giliran Mahathir pulak. Mahathir pun bermula lebih kurang begini, "Saya tidak pandai berpantun. Saya bukan pendidikan sastera. Saya doktor, saya tahu penyakit yang ada pada Melayu..." Sebiji-sebiji dengan selamba Mahathir tamatkan setiap keris yang mungkin bersedia untuk menikam beliau.

SunTze menasihati, "Apabila jelas siapa musuh, rancang betul-betul secara senyap dan serang mereka dengan muktamad. Walaupun mereka kalah dan minta ampun, pancung atau potong tangan kaki mereka supaya musuh awak lenyap dengan muktamad dan yang lain tak akan berani lawan awak lagi". Itulah yang diamalkan oleh Attila The Hun dari Barat Mongolia menuju Eropah. Tidak cukup orang menyerah. Hendaklah dicincang-cincang dengan dasyat seluruh kampung dan dilepaskan dua tiga survivor balik untuk cerita betapa dasyat dan punahnya untuk melawannya. Dengan itu mudah Attila mara sehingga ke Perancis.

Sebaik sahaja mengakhiri perhimpunannya dan kelihatan musuh sudah kucar-kacir, Mahathir memainkan kad-kadnya. Daim Zainuddin dibawa masuk balik dalam kabinet sebagai penasihat khas ekonomi. Barisan editor dua tiga media massa disuruh turun. Ada seekor yang cepat-cepat berlutut menangis meminta ampun. Dia pulak diampunkan. Itulah Melayu, kesiannnn.

Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara bersara awal. Zeti Akhbar mengambil alih. Abdul Kadir Jasin interbiu Mahathir yang mengumumkan langkah mengantung atau mengunci musuh penyerang matawang di pintu masuk Malaysia. Semua matawang ringgit akan dipulangkan dalam masa sebulan. Tidak lagi diperdagangkan dipasaran luar. Semua pembelian impot akan dibiayai secara barter trade dengan hasil ekspot. Kunci perdagangan pun selesai diletak tanpa boleh mana-mana penyerang Zionis samada menerusi sistem pembankan maupun sistem perdagangan.

Kuncu-kuncu Anwar mula panik. Mesyuarat tergempar kedengaran di kem Zahid. "Apa kita nak buat datuk? Apa akan jadi dengan bos kita Anwar?"

Anwar dipanggil masuk pejabat Mahathir. Agaknya fail-fail mengenai kes Anwar dikeluarkan. Dengan selambanya Mahathir bagi tahu Anwar, "Please resign. Or else".

Anwar dikatakan bertempik keras dan menghentak meja. Agaknya dia mengeluarkan semua hujah yang cuba mempertahankan dirinya. Segala taktik oratis dan senjata lisan yang dikenalinya sejak dari bangku sekolah dan mengelilingi dunia dikeluarkannya untuk mempertahankan diri. Selesai Anwar berucap, Mahathir pun berkata, "You are fired".

Surat pun dipersembahkan ke Yang diPertuan Agung untuk dimaklumkan tuanku tentang pemecatan tersebut. Itulah perogatif atau kuasa mutlak Perdana Menteri. Itulah undang-undang. Rukun negara kita sebut 'Kedaulatan Undang-undang'. Jika tak ikut, tak dapat gaji, pasal tak ade rang undang-undang bayar gaji jika bos sudah pecat.

Anwar pula terpaksa buka plan B iaiu merancang tindakbalas. Masa itu saya dapat panggilan dari kawan untuk turun ke Bukit Damansara tempat tinggal peribadi Anwar supaya berkumpul. Tetapi saya jawab kembali,

"Apa yang hang semua ni merancang, hahh? Demo ke? Berarak ke? Tahukah anda semua yang Mahathir tu sudah ada plan C ke Z? Jika awak keluar rumah, dia ada LSF. Jika awak berhimpun dia ada FRU. Jika awak mara, dia ada tentera. Ish! You orang adake segala jawapan berdepan dengan semua itu, hahhh?"

Saya terus rihat tidur kat rumah saya dan memerhati perjalanan politik buat beberapa hari sebelum baru turun padang untuk memeriksa keadaan aftermath.

Apa yang berlaku selepas itu sudah menjadi sejarah. Bagaimana betapa hebatnya krisis dalaman dan luar dapat Mahathir hadapi malah mengatasi dengan menyakinkan itu. Mahathirlah pemimpin peringkat dunia. Bill Clinton pun kalah. Wawasannya tepat dan akhirnya berjaya. Selepas itu dia pun merancang Plan B nya yang sebenar. Iaitu seperti cara British dahulu memberikan kemerdekaan supaya tidak disepak keluar sambil mengekalkan kuasa atau kunci dalaman. Yang kunci tersebut boleh dikeluarkan balik apabila perlu. Sekarang sudah tiba masanya.


TMJ: sanggahtoksago.com
05.04.2008

first blog

first time aku cuba buat blog.pada member aku yang kuat bagi sokongan bagi aku selama ni ed jerlun,md halif merangkap adik ipar aku..pakroi,chin,man taman inang dan seangkatan dengannya.thanks a lot.selamat untuk hampa semua.esok aku akan akan buat links yang baguih baguih masuk kat sini.tengok berita politik semasa negara kita tercinta.
sekian.